Skip to main content

Mulan adalah animasi klasik yang ditayangkan pada tahun 1998. Ia mengisahkan Hua Mulan, iaitu seorang gadis yang mengambil tempat bapanya untuk menjadi pahlawan. Filem ini adalah filem seterusnya yang diolah semula oleh Disney menjadi filem aksi nyata. Baru-baru ini video acah kedua telah diterbitkan oleh Disney.

Apa yang menarik dengan video acah ini, ia mengimbau kenangan akan filem animasi yang pernah saya tonton bertahun-tahun dulu. Dalam video ini ia memperlihatkan yang Mulan benar-benar menyamar jadi lelaki untuk menggantikan bapanya bagi mewakili negara sebagai tentera bagi menentang musuh. Apa yang berbeza dengan animasi adalah, ada musuh lain yang dikatakan adalah ahli sihir. Kemudian watak penjahat kini lebih jelas, yang mana sangat mirip dengan watak kartun yang lama.

Filem ini dijadualkan untuk tayangan di Malaysia pada 26 Mac 2019. Video acah kali ini sangat menarik dan membuatkan saya sendiri tidak sabar untuk menontonnya. Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply