Control iaitu permainan penembak beraksi oleh Remedy Entertainment yang baru sahaja dilancarkan Ogos lepas tampaknya mungkin akan tiba di langganan Xbox Game Pass tidak lama lagi.

Menurut Phil Spencer, iaitu ketua bahagian Xbox dari Microsoft, beliau menyatakan bahawa permainan Control akan tiba di langganan Xbox Game Pass tidak lama lagi dan pada masa yang sama beliau menyatakan permainan tersebut merupakan salah satu permainan yang menarik dimainkan oleh beliau.

Semestinya ini adalah pengumuman yang sangat menarik sekali di mana dengan tibanya di langganan tersebut, ianya pasti akan memberi peluang untuk ramai pemain mencubanya. Dari segi tarikh pelancaran, ianya masih belum diumumkan. Namun kami percaya ianya bakal tiba sekitar Januari tahun hadapan memandangkan Microsoft baru sahaja mengumumkan senarai permainan bulan Disember baru-baru ini.

Meskipun begitu, Remedy Entertainment sendiri menafikan yang mana ianya bakal tiba di Xbox Game Pass dan mereka masih lagi tiada sebarang pengumuman berkenaannya dalam masa terdekat ini. Namun kami percaya ianya mungkin akan tiba tidak lama lagi.

Control telah pun dilancarkan di konsol Xbox One, PlayStation 4 dan juga PC melalui Epic Games Store di mana kami sebelum ini juga telah pun mengulasnya di mana anda boleh membacanya di bawah.

Sohor Kini