Informasi Permainan Video Terkini
DJ MAX Respect V Disahkan Bakal Tiba Bulan Ini Melalui Akses Awal Steam
PC

DJ MAX Respect V Disahkan Bakal Tiba Bulan Ini Melalui Akses Awal Steam

Diterbitkan pada Dis 6, 2019 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman DJ Max Respect V sebelum ini oleh Neowiz, mereka kini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut yang mana ianya bakal tiba di PC melalui Steam secara akses awal bermula 19 Disember 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, siri DJ Max merupakan permainan rentak muzik yang memfokuskan bentuk yang sangat pantas. Ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 sebagai DJ Max Respect sahaja dan kini tampaknya versi PC ianya akan menyertakan beberapa kandungan baharu.

Berdasarkan video yang diperlihatkan, DJ Max Respect kelihatan akan menyertakan beberapa mod baharu seperti Ladder Match, Open Match, Air Mode dan lebih dari 150 muzik yang akan disertakan.

Menariknya juga, pada penghujung video tersebut mereka juga mengacahkan muzik dari League Of Legend iaitu POP/STARS oleh K/DA juga akan disertakan melalui permainan ini.

Seperti biasa kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN