Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Sekuel Kepada A Plague Tale: Innocence Sedang Dibangunkan – Bakal Tiba 2022
PC

(Ura-Ura) Sekuel Kepada A Plague Tale: Innocence Sedang Dibangunkan – Bakal Tiba 2022

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

A Plague Tale: Innocence merupakan permainan yang dibangunkan oleh Asobo Studio dan dilancarkan oleh Focus Home Interactive sekitar Mei tahun ini. Ianya mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan pemain, bahkan permainan ini juga disenaraikan untuk permainan naratif terbaik buat anugerah The Game Awards 2019 yang bakal ditayangkan minggu hadapan.

Terkini menurut laporan XboxSquad, Asobo Studio tampaknya kini dilaporkan sedang membangunkan sekuel buat permainan tersebut.

Menurut laporan, sekuel tersebut disahkan oleh oleh pengasas Focus Home Interactive sendiri yang mana hasil daripada kejayaan permainan A Plague Tale: Innocence, mereka sememangnya berminat untuk meneruskan siri tersebut dan melancarkan sekuel buat permainan tersebut.

Tambahan itu, mengikut laporan tersebut juga, mereka menyatakan permainan tersebut masih lagi dalam peringkat awal pembangunan dan dijadualkan untuk dilancarkan pada 2022 kelak. Ianya juga mungkin akan diumumkan secara rasmi sekitar tahun hadapan.

Semestinya ini adalah satu berita yang sangat menarik untuk peminat siri permainan tersebut dan kami pasti Asobo Studio akan membawa satu lagi permainan dengan bentuk naratif yang setaraf dengan permainan pertama mereka.


TIPS & ULASAN