Informasi Permainan Video Terkini
My Hero One’s Justice 2 Bakal Tiba Mac 2020 Ini Di Konsol Dan PC

My Hero One’s Justice 2 Bakal Tiba Mac 2020 Ini Di Konsol Dan PC

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana permainan perlawanan seterusnya berdasarkan siri anime My Hero Academia akan dilancarkan di konsol dan PC iaitu My Hero One’s Justice 2.

Terkini melalui laporan PushSquare, permainan tersebut tampaknya disahkan bakal tiba awal tahun hadapan iaitu 13 Mac 2020 ini di mana ianya akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, My Hero One’s Justice 2 merupakan sekuel kepada pemrainna My Hero One’s Justice yang dilancarkan tahun lepas di mana ianya memfokuskan bentuk perlawanan secara berpasukan daripada siri anime My Hero Academia.

Bandai Namco juga menyatakan bahawa kali ini, permainan ini akan mempunyai bentuk pertempuran dengan skala yang lebih besar dan juga pelbagai watak baharu yang tiba.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN