Skip to main content

Seperti yang tertiris sebelum ini, Star Wars Battlefront 2 Celebration Edition akhirnya diumumkan secara rasmi yang mana ianya dilancarkan hari ini dan ia akan menyertakan pelbagai kandungan baharu.

Menurut EA, edisi ini akan dilancarkan secara digital di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC dengan harga sekitar $39.99(~RM166). Melaluinya ia akan sertakan:

  • Permainan penuh Star Wars Battlefront 2 dan kesemua kemaskini percuma
  • Lebih dari 25 watak utama dari siri Star Wars termasuklah 6 watak berkelaskan Legendary seperti Rey, Finn dan Kylo Ren dari filem Star Wars: The Rise Of Skywalker
  • Lebih dari 125 Trooper
  • Lebih dari 100 Hero dan Trooper Emotes dan barisan suara
  • Lebih dari 70 Heo dan Trooper gaya kemenangan

Selain itu, pemain yang sudah pun memiliki permainan Star Wars Battlefront 2, mereka juga boleh dapatkan versi naik-taraf dengan harga $24.99(~RM105) mengikut platform pilihan.

Selain itu, dengan pelancaran filem Star Wars Episode IX The Rise Of Skywalker bulan ini, EA juga umum acara khas juga akan diadakan baut permainan ini bermula 17 Disember ini. Menurut EA, kandungan ini akan tiba secara percuma buat semua pemain.

Antara kandungan yang disertakan adalah lokasi baharu yang bertemakan hutan di mana pemain akan bermain sama ada dua pasukan iaitu Resistance dan First Order. Menariknya mod-mod permainan lain seperti Heroes Vs Villains dan koperasi juga akan boleh dimainkan di peta dari filem-filem baharu Star Wars.

EA juga mengumumkan peta lokasi Jakku dan watak-watak dari filem The Rise Of Skywalker seperti Finn, Rey dan Kylo Ren juga akan tiba. Namun bagi watak tersebut ianya perlu dibeli secara berasingan, akan tetapi jika pemain membeli edisi Celebration diatas, ianya akan disertakan bersama.

Bagi informasi lanjut berkenaannya anda boleh membaca di kenyataan rasmi oleh EA melalui pautan ini.

Star Wars Battlefront 2 telah pun dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply