Setelah mengumumkan yang mana permainan Pillars Of Eternity II: Deadfire akan dilancarkan di konsol, Versus Evil hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya di mana ia bakal tiba pada 28 Januari 2020 ini di konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Namun buat masa ini tarikh pelancaran di Switch masih belum diumumkan.

Melalui pelancaran ini, ianya akan dilancarkan sebagai edisi Ultimate yang mana ia akan menyertakan kesemua DLC yang dilancarkan sebelum ini.

Pillars Of Eternity II: Deadfire merupakan permainan RPG yang dibangunkan oleh Obsidian Entertainment di mana ianya memfokuskan bentuk kamera isometrik. Melaluinya pemain akan diberi pelbagai pilihan yang pemain boleh lakukan dan berupaya untuk mengembara di dalam dunia yang luas dengan menggunakan kapal.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC.

Sohor Kini