Daemon X Machina adalah permainan pertempuran robot mecha yang dilancarkan eksklusif di konsol Switch pada September lepas yang mana ianya dibangunkan oleh Marvelous.
Terkini, mereka mengumumkan yang mana mereka akan menyertakan kandungan tambahan khas buat permainan melalui acara kolaborasi khas.
Salah satu acara kolaborasi yang diumumkan adalah bersama permainan The Witcher 3: Wild Hunt yang mana pemain boleh dapatkan kostum khas buat watak Geralt dan Siri. Melaluinya pemain juga boleh dapatkan pelbagai set kostum lain seperti rambut, parut, mata dan sebagainya.
Sebelum ini Marvelous juga umum acara kolaborasi bersama anime Eureka Seven dan Code Geass yang mana ianya kini sudah pun dilancarkan melalui Nintendo eShop.
Bagi anda yang berminat dan memiliki permainan Daemon X Machina, pastikan anda dapatkan DLC ini melalui Nintendo eShop.