Tampaknya salah satu ura-ura berkenaan permainan Vanquish oleh Platinum Games akan tiba sebagai permainan pernambah-baikkan sebelum ini mungkin betul di mana Microsoft hari ini secara tidak sengaja menyenaraikan permainan tersebut akan dilancarkan pada 18 Februari 2020 ini.
Buat masa ini, senarai ini sememangnya hanya akan tiba di konsol Xbox One sahaja memandangkan ia tersenarai di Microsoft Store. Namun kami percaya ianya juga mungkin akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada tarikh yang sama.
Vanquish merupakan permainan penembak beraksi oleh Platinum Games yang dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol PlayStation 3, Xbox 360 dan versi PC dilancarkan pada tahun 2017 lepas.
Menurut kenyataan di Microsoft Store, permainan tersebut juga akan menyertakan pernaik-tarafan visual yang mana ianya akan menyokong resolusi 4k dengan kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS di Xbox One X.
Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi setelah ia diumumkan kelak secara rasmi.