Skip to main content

Respawn Entertainment minggu ini mengumumkan kemaskini baharu untuk permainan pertempuran royale mereka iaitu Apex Legends. Kemaskini tersebut mula dikeluarkan pada 3 Disember lepas dan berikut adalah antara penambahan yang disertakan;

Sistem Kemajuan Pemain – Melalui kemaskini ini, tahap siling pemain akan dipertingkatkan daripada 100 ke 500 yang secara langsungnya memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan lebih banyak Apex Packs. Pemain juga akan mendapat lencana khas untuk setiap peningkatan tahap sebanyak 10 tangga bermula tahap 110.

Gun Charms – Ia juga akan menyertakan 36 Gun Charms baharu yang boleh diperoleh oleh pemain melalui Apex Packs. Pemain juga boleh mendapatkan Gun Charms tersebut di tahap ke 100, 200, 300, 400 dan 500.

Selain itu, bersempena dengan pelancaran Star Wars Jedi: Fallen Order iaitu permainan yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment, pemain berpeluang untuk mendapatkan kostum Pathfinder berdasarkan rekaan BD-1. Pemain hanya perlu memasuki permainan tersebut bermula sekarang sehingga 14 Januari untuk mendapatkannya.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply