Skip to main content

Motion Twin dan Evil Empire hari ini mengumumkan yang DLC terbaru untuk permainan Dead Cells mereka. Berbeza dengan DLC sebelum ini yang dikeluarkan untuk permainan tersebut, ia adalah DLC berbayar tetapi dengan harga berpatutan iaitu $4.99 (RM20).

Mereka juga mengatakan yang setiap pemain tidak kira tahap terkini dapat bermain DLC ini melalui cabang pilihan pada permulaan pemain yang boleh dipilih oleh pemain.

DLC ini juga akan menyertakan dua kawasan baharu yang mempunyai lawan tersendiri. Ia juga akan memberikan pemain pelbagai ganjaran seperti senjata dan perisai baharu, antaranya yang mempunyai 2 tempat untuk senjata.

Tambah mereka lagi, walaupun DLC ini adalah berbayar, ia tidak bermakna yang mereka tidak akan mengeluarkan DLC percuma pada masa depan. Sebarang kutipan daripada DLC ini akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi Dead Cells.

Evil Empire merupakan studio yang ditubuhkan oleh Motion Twin untuk memfokuskan pembangunan Dead Cells, manakala Motion Twin akan membangunkan permainan baharu.

DLC The Bad Seed akan dikeluarkan pada suku pertama 2020 untuk semua platform.

Leave a Reply