Skip to main content

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, hari ini merupakan pelancarna untuk kemaskini kedua terbesar buat permainan Monster Hunter World: Iceborne yang mana ia menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti raksasa baharu dan sebagainya.

Terkini, bersempena dengan pelancaran tersebut, Ryozo Tsujimoto iaitu penerbit buat permainan tersebut bersama Kaname Fujioka, penerbit dan pengarah seni Iceborne dan Daisuke Ichihara iaitu pengarah Iceborne berkongsi beberapa informasi lanjut berkenaan kemaskini terkini yang dilancarkan hari ini.

Antara perkara yang dikongsikan oleh mereka adalah raksasa baharu iaitu Stygian Zinogre yang mana ianya adalah raksasa yang mula diperkenalkan Monster Hunter 3 Ultimate sebelum ini. Melalui video di atas, mereka juga berkongsi sebilangan rupa bentuk baju perisai yang pemain boleh dapatkan melalui barangan dan kelengkapan dari raksasa Stygian Zinogre tersebut.

Selain itu, mereka juga berkongsi lokasi baharu iaitu rantau Tundra yang mana pemain berupaya untuk bertemu raksasa Barioth dan Viper Tobi-Kadachi. Selain itu, raksasa Tempered RUiner Nergigante juga diumumkan yang mana juga akan tiba bersama kemaskini ini.

Selain itu, Capcom juga berkongsi informasi lanjut berkenaan acara kolaborasi bersama Horizon Zero Dawn: Frozen Wilds yang diumumkan sebelum ini secara eksklusif di pemain Playstation 4.

Melaluinya mereka akan menyertakan beberapa barangan baharu yang pemain boleh dapatkan seperti senjata khas bertemakan Horizon Zero Dawn dan juga kostum khas Aloy dengan set Shield-Weaver.

Selain itu, seperti biasa acara kolaborasi ini juga akan menyertakan set kostum dan senjata yang pemain boleh gunakan buat teman Palico pemain.

Acara ini akan bermula 13 Disember 2019 ini jam 8 pagi sehingga 10 Januari 2020 jam 8 pagi. Ianya juga memerlukan pemain berada di peringkat MR 24 ke atas di mana pemain akan memburu Stygian Zinogre di lokasi Hoarfrost Reach. Capcom juga umum acara kolaborasi Horizon Zero Dawn yang dilancarkan sebelum ini juga boleh diakses oleh pemain.

Selain itu acara Firebreak juga diumumkan yang mana ia bakal berlangsung pada 27 Disember 2019 ini pada jam 8 pagi sehinggalah 10 Januari 2020 ini juga pada jam 8 pagi. Melaluinya pemain perlu berada di MR 24 ke atas dan pemain perlu memburu Savage Deviljho di lokais Elder’s Recess.

Selain itu, Capcom juga mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan pelbagai acara dan pesta di lokasi Seliana dan Astera yang mana ianya adalah mengikut perayaan Krismas dan tahun baru Cina.

Pesta tersebut akan berlangsung bermula 20 Disember 2019 ini sehingga 6 Januari 2020 yang mana di Seliana, akan terdapat perayaan khas bertemakan Tahun Baru Cina manakala di Astera pula adalah perayaan khas bersempena dengan ulang tahun kedua buat permainan tersebut pada 24 Januari 2020 kelak.

Monster Hunter World: Iceborne telah pun dilancarkan pada September lepas yang mana ianya adalah pernambahan buat permainan Monster Hunter World. Ianya telah pun dilancarkan di PlayStation 4 dan Xbox One, manakala versi PC pula disahkan bakal tiba pada Januari tahun hadapan.

Leave a Reply