Skip to main content

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, pada 3 Disember 2019 lepas, Sony Interactive Entertainment mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sambutan khas sempena ulang tahun ke-25 buat jenama PlayStation.

Terkini, bersempena dengan ulang tahun tersebut, mereka juga berkongsi beberapa set latar belakang khas yang mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma.

Melaluinya, Sony menyertakan 4 rekaan set latar belakang khas yang mana ianya mempunyai beberapa pilihan warna dan juga rekaan konsol-konsol yang telah dilancarkan oleh mereka sebelum ini.

Menariknya juga, Sony juga menyertakan pilihan untuk set latar belakang untuk PC iaitu imej melintang dan menegak untuk pengguna telefon pintar.

Bagi anda yang ingin memuat-turun set latar belakang tersebut, anda boleh ke pautan di bawah untuk melihat senarai penuh latar belakang termasuklah versi komputer dan juga versi telefon pintar.

[info] Layari: Latar Belakang PlayStation Sempena Ulang Tahun Ke-25 [/info]

Leave a Reply