Skip to main content

Gwent pada awalnya dilancarkan untuk PC dan juga konsol PlayStation 4 dan Xbox One, kemudian pada tahun ini CD Projekt Red mengeluarkan versi mudah alih untuk iOS dan Android akan datang.

Minggu ini, mereka mengumumkan yang versi konsol akan dihentikan sokongan agar dapat memfokuskan pembangunan mereka untuk versi PC dan juga mudah alih sahaja kerana versi PC dan mudah alih mempunyai lebih ramai pemain berbanding versi konsol.

Sokongan tersebut akan berakhir pada 9 Disember 2019, di mana sebarang kemaskini dan juga kandungan tambahan tidak akan hadir untuk versi tersebut. Selain itu pembelian di dalam permainan sudah dihentikan bermula hari ini.

Bagi pemain yang bermain di konsol dan ingin memindahkan akaun ke versi lain, satu laman khusus akan hadir pada 9 Disember ini untuk membantu anda bagi proses tersebut. Mereka akan memberikan jangka masa selama 6 bulan untuk melakukannya iaitu sehingga 9 Jun 2020.

Leave a Reply