Bluepoint Games sebelum ini terkenal sebagai pembangun untuk permainan pernambah-baikkan seperti Shadow Of The Colossus dan juga Uncharted: Nathan Drake Collection.
Sebelum ini, kami juga melaporkan yang mana studio tersebut juga kini sedang membangunkan permainan yang dipernambah-baikkan dan ianya bakal tiba di PlayStation 5. Terkini melalui laporan Segment Next, Marco Trush iaitu presiden Bluepoint Games menyatakan bahawa permainan yang dibangunkan oleh mereka kini adalah permainan terbesar mereka dari segi kejayaan dan kebanggaan mereka sendiri.
Semestinya informasi berkenaan permainan tersebut tidak dikongsikan oleh mereka. Namun memandangkan mereka telah terlibat dengan pelbagai penerbit permainan lain seperti Metal Gear Solid, Syphon Filter dan sebagainya, kami percaya permainan yang dibangunkan oleh mereka semestinya salah satu judul permainan yang sangat terkenal beberapa tahun lepas.
Selain itu, menurut Marco Thrush lagi mereka juga berharap agar diberi peluang untuk mengolah semula permainan asal Half-Life. Namun semestinya Half-Life bukanlah permainan yang sedang dibangunkan oleh mereka.
Kami di Aksiz juga tidak sabar untuk mengetahui permainan yang mereka sedang bangunkan dan kami sendiri menjangka ianya adalah berkaitan dengan siri Metal Gear Solid. Namun bagi pendapat anda, apakah permainan yang anda jangkakan mereka sedang bangunkan? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen di bawah.