September lepas, Nintendo mengumumkan yang mereka akan menyertakan permainan SNES bagi tawaran permainan percuma untuk Nintendo Switch Online, mereka juga mengumumkan yang tidak akan lagi memberikan permainan percuma setiap bulan.

Minggu ini, mereka akhinya mengumumkan 6 permainan baharu yang akan disertakan iaitu 4 permainan SNES dan 2 permainan NES. Permainan SNES yang disertakan adalah Star Fox 2, Super Punch-Out!!, Kirby Super Star, dan Breath of Fire II.

Manakala 2 permainan NES pula adalah JOURNEY TO SILIUS dan Crystalis. Keenam-enam permainan ini akan tiba kepada semua pelanggan Nintendo Switch Online pada 12 Disember 2019.

Sohor Kini