Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Berkongsi Senarai Permainan Baharu Yang Bakal Tiba Di Langganan Xbox Game Pass Konsol Dan PC
PC

Microsoft Berkongsi Senarai Permainan Baharu Yang Bakal Tiba Di Langganan Xbox Game Pass Konsol Dan PC

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

Bagi anda yang mempunyai langganan Xbox Game Pass, bulan Disember ini mungkin akan menjadi bulan yang agak sibuk buat anda kerana hari ini Microsoft baru sahaja mengumumkan sebilangan permainan-permainan baharu yang bakal tiba buat langganan Xbox Game Pass untuk kedua-dua platform konsol Xbox One dan juga PC.

Bagi konsol, berikut adalah permainan yang bakal tiba:

  • Halo: Reach (Bakal tiba 3 Disember)
  • My Friend Pedro (Bakal tiba 5 Disember)
  • Naruto To Borut: Shinobi Striker (Bakal tiba 5 Disember)
  • Demon’s Tilt (Bakal tiba 6 Disember)
  • Wandersong (Bakal tiba 6 Disember)
  • eFootball PES 2020 (Bakal tiba 12 Disember)
  • Overcooked! 2 (Bakal tiba 12 Disember)
  • Pathologic 2 (Bakal tiba 12 Disember)
  • Tom Clancy’s The Division (Bakal tiba 12 Disember)
  • The Witcher 3 (Bakal tiba 19 Disember)

Manakala buat Xbox Game Pass di PC pula, berikut adalah senarai permainan yang dikongsikan:

  • Halo: Reach
  • Age Of Wonders: Planetfalll
  • Demon’s Tilt
  • Europa Universalis IV
  • Farming Simulator 17
  • Human: Fall Flat
  • Metro: Last Light Redux
  • My Friend Pedro
  • Pathologic 2

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.


TIPS & ULASAN