Melalui blog rasmi PlayStation, En Masse Entertainment, Netflix dan BonusXP akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan The Dark Crystal: Age Of Resistance Tactics di mana ianya bakal tiba pada 4 Februari 2020 kelak.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini bukan sahaja akan dilancarkan di PlayStation 4, malah ianya juga bakal tiba di Xbox One, Switch dan juga PC.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan ini, ianya adalah permainan strategi secara turutan berdasarkan siri Netflix dengan nama yang sama yang ditayangkan beberapa bulan lepas.

Menariknya, permainan ini akan menyertakan lebih dari 80 kempen pertempuran dan pelbagai jenis bentuk pengubah-suai watak dengan kelengkapan dan kelas watak berbeza.

Selain itu, ianya juga akan mengembangkan lagi penceritaan siri tersebut disamping membawa pelbagai watak-watak dari siri Netflix yang kami kongsikan sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, pastikan anda dapatkannya menjelang Februari hadapan.

Sohor Kini