Skip to main content

Siri permainan seram Outlast sememangnya salah satu permainan seram yang sangat terkenal beberapa tahun lepas di mana pembangnun permainan tersebut iaitu Red Barrels telah pun melancarkan beberapa permainan buat siri tersebut bermula dari Outlast yang dilancarkan pada 2013 lepas sehinggalah Outlast 2 pada 2017 lepas.

Terkini, Red Barrels mengumumkan permainan seterusnya buat siri tersebut iaitu The Outlast Trials yang mana ianya lebih memfokuskan bentuk permainan secara koperasi. Menurut mereka, permainan ini akan memfokuskan era perang dingin iaitu sekitar pertengahan tahun antara 1947 sehingga 1991. Menariknya, ianya akan diletakkan di dunia yang sama dengan permainan sebelum ini.

Namun dari segi informasi lain, Red Barrels masih belum mengumumkan dan mereka hanya berkongsi imej di atas sahaja yang mana kelihatan pemain akan dilengkapi dengan gogal penglihatan gelap dan pemain perlu membantu antara satu sama lain.

Seperti biasa kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah ia diumummkan.

Leave a Reply