Informasi Permainan Video Terkini
Super Monkey Ball: Banana Blitz HD Diumumkan Bakal Tiba Di Steam Menjelang Minggu Hadapan
PC

Super Monkey Ball: Banana Blitz HD Diumumkan Bakal Tiba Di Steam Menjelang Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

SEGA hari ini mengumumkan yang mana permainan pernambah-baikkan Suepr Monkey Ball: Banana Blitz HD yang baru sahaja mereka lancarkan Oktober lepas di konsol, akan dilancarkan di PC melalui Steam pada 10 Disember 2019 ini.

Menariknya, bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga mengadakan jualan pra-tempah khas dengan diskaun sebanyak 20% di mana bermula hari ini sehingga 17 Disember kelak, anda boleh dapatkan permainan ini dengan harga hanya RM79.20 sahaja berbanding harga asalnya sebanyak RM99.

Super Monkey Ball: Banana Blitz asalnya dilancarkan di konsol Nintendo Wii pada 2006 lepas. Kini melalui versi pernambah-baikkan ini, ianya akan menyertakan pelbagai pernaik-taraf termasuklah visual grafik dan juga kedudukan skor atas-talian.

Menariknya juga, versi PC buat permainan ini juga akan menyertakan pelbagai tetapan lain seperti kadar bingkai sesaat yang tanpa had, tetapan visual lain dan juga kursor tetikus berbentuk pisang.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh ke laman rasmi Steam permainan ini di bawah.

Layari Steam: Super Monkey Ball: Banana Blitz HD


TIPS & ULASAN