Square-Enix hari ini melancarkan demo khas buat permainan akan datang Dragon Quest Builders di PC yang bakal tiba melalui Steam menjelang minggu hadapan.

Permainan tersebut merupakan permainan pengembaraan dan pembinaan yang mana kali ini melalui permainan kedua ini, ianya menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuklah bermain multi-pemain secara atas-talian.

Melalui demo “Jumbo Demo” ianya membenarkan pemain untuk bermain bahagian awal permainan tersebut iaitu sekitar lokasi pembelajaran di pulau Isle Of Awakening dan kepulauan Furrowfield. Menariknya, kemajuan pemain juga boleh dipindahkan ke permainan penuh apabila ianya dilancarkan kelak.

Dragon Quest Builders 2 telah pun dilancarkan di konsol Switch dan PlayStation 4 beberapa bulan lepas yang mana ianya terjual melebihi 1 juta salinan secara global. Bagi anda yang berminat untuk memuat-turun demo tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.

Muat-Turun: Demo Dragon Quest Builders 2

Sohor Kini