Skip to main content

Seperti kita sedia maklum, Sukan Asia Tenggara 2019 di Filipina buat pertama kalinya akan menyertakan kejohanan esukan berpingat. Ia akan mempertandingkan 6 permainan iaitu Dota 2 , Mobile Legends Bang Bang, Arena of Valor, Tekken 7, Star Craft II, dan Hearthstone.

Atlit-atlit yang mewakili Malaysia untuk setiap permainan tersebut sebelum ini telah diumumkan ketika acara Level UP KL 2019. Manakala untuk perkumpulan pula anda boleh rujuk di bawah;

  • Dota 2
    • Kumpulan A: Vietnam, Singapura, Malaysia dan Thailand
    • Kumpulan B: Laos, Filipina, Indonesia dan Myanmar
  • Mobile Legends Bang Bang
    • Kumpulan A: Myanmar, Vietnam, Singapura, Malaysia, Kemboja
    • Kumpula B: Filipina, Indonesia, Laos dan Thailand
  • Arena of Valor
    • Kumpulan A: Thailand, Filipina, Myanmar dan Vietnam
    • Kumpulan B: Laos, Malaysia, Singapura dan Indonesia
  • Tekken 7
    • Kumpulan A: Albar (Filipina), Nguyen (Vietnam), Hempamorn (Thailand), Abdul Shukor (Malaysia), Thaipachan (Laos) dan Abd Rahman (Singapura)
    • Kumpulan B: Layarez (Filipina), Nguyen (Vietnam), Tanasoontorngoon (Thailand), Aiman (Malaysia) dna Jusuf (Indonesia)
  • Star Craft II
    • Kumpulan A: Tran (Vietnam), Khun (Malaysia), Chanthorn (Thailand), Toh (Singapura), Pramana (Indonesia) dan Santos (Filipina)
    • Kumpulan B: Prasertwit (Thailand), Kopankiewcz (Singapura), Le (Vietnam), Enrique (Indonesia), Acampado (Filipina), dan Wong (Malaysia)
  • Hearthstone
    • Kumpulan A: Kittikrairit (Thailand), Yew (Malaysia), Dee (Filipina), Akbar (Indonesia), Nguyen (Vietnam) dan Roberts (Singapura)
    • Kumpulan B: Koentarto (Indonesia), Le (Vietnam), Chew (Singapura), Mangukabnan (Filipina), Popan (Thailand) dan Zi Song (Malaysia)

Jika anda ingin mengikuti perkembangan untuk pasukan Malaysia ataupun kejohanan secara keseluruhan anda boleh melakukanya melalui eGG Network termasuk juga melalui Astro Arena CH802/801, di laman Stadium Astro dan juga aplikasi Astro GO.

Acara esukan ini akan berlangsung selama 6 hari iaitu bermula pada 5 Disember sehingga 10 Disember 2019. Jadual penuh anda boleh rujuk di laman Egg Network.

Leave a Reply