Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Halo: The Master Chief Collection telah pun dilancarkan secara rasmi di Steam semalam yang mana ianya dilancarkan secara berperingkat bermula dengan Halo: Reach.

Terkini melalui laporan statistik permainan video di Steam, permainan Halo: Master Chief Collection mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan pemain sehingga membuatkan permainan tersebut berada di tempat ke-4 jumlah pemain tertinggi di Steam sehingga 161,024 selepas permainan Counter-Strike: Global Offensive.

Tambahan itu, permainan ini juga mendapat sambutan yang baik dan merupakan permainan terlaku di Steam setakat ini. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat 343 Industries atas kejayaan ini.

Halo: Master Chief Collection merupakan permainan koleksi siri Halo yang memfokuskan permainan penembak pandang pertama. Ianya sebelum ini dilancarkan di pelbagai konsol Xbox dan PC melalui Microsoft Store. Kini ianya akhirnya tiba di Steam.

Bagi anda yang berminat, Halo: Master Chief Collection boleh dibeli melalui Steam dengan harga RM65 sahaja.

Sohor Kini