Setelah mengumumkannya minggu lepas, Activision dan Infinity Ward hari ini akhirnya melancarkan Battle Pass musim pertama buat permainan Call Of Duty: Modern Warfare yang mana ianya menyertakan beberapa kandungan tambahan.
Meskipun begitu, kandungan percuma seperti peta dan senjata baharu masih lagi akan dilancarkan secara percuma buat semua pemain seperti yang kami laporkan sebelum ini.
Melaluinya, Battle Pass tersebut akan sertakan beberapa ganjaran secara berperingkat seperti kostum watak Operator dan juga jumlah CP yang pemain boleh dapatkan kembali sehingga 1300CP untuk digunakan untuk membeli Battle Pass musim seterusnya.

Selain itu, Battle Pass tersebut juga akan sertakan watak baharu iaitu Mara yang mana beliau merupakan salah ganjaran yang pemain boleh dapatkan dengan membeli Battle Pass permainan ini.

Bagi anda yang berminat, Battle Pass tersebut akan dijual dengan harga 1000CP, iaitu sekitar RM40 jika di ambil berdasarkan jumlah CP yang dijual di PSN Store. Menariknya, anda juga boleh membeli Battle Pass Bundle yang mana akan melangkaukan peringkat Battle Pass tersebut kepada peringkat ke-20 dengan harga 2400CP.
Call Of Duty: Modern Warfare telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.