Semalam kami kongsikan yang mana permainan Sekiro: Shadows Die Twice mendapat anugerah khas Gold Prize di PlayStation Awards 2019 sempena permainan tersebut terjual melebihi 500,000 unit di konsol PlayStation 4 buat pasaran Asia dan Jepun.
Terkini, bersempena dengan itu, Activision menawarkan tema khas permainan tersebut buat konsol PlayStaition 4 yang mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma.

Seperti yang diperlihatkan di atas, tema tersebut memaparkan watak “Wolf” dengan beberapa rekaan ikon yang menarik dan bertemakan Sekiro: Shadows Die Twice.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, ianya boleh dimuat-turun melalui pautan di bawah.
Sekiro: Shadows Die Twice telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami juga sebelum ini telah pun membuat ulasan penuh permainan tersebut yang mana anda boleh membacanya di pautan ini.
[download] Muat-Turun: Tema PS4 Sekiro: Shadows Die Twice [/download]