Memandangkan 2019 hampir tamat, sudah semestinya akan terdapat pelbagai anugerah-anugerah yang akan diumumkan oleh pelbagai penerbit dan pengeluar permainan yang mana hari ini, Apple juga tidak melepaskan peluang mereka untuk berkongsi senarai permainan terbaik di peranti mereka.
Salah satu anugerah tersebut adalah permainan terbaik di peranti iPhone iaitu Sky: Children Of The Light, yang dibangunkan oleh That Game Company, di mana mereka sebelum ini terkenal sebagai pembangun buat permainan Journey dan Flower.
Semestinya saya sendiri sangat bersetuju dengan anugerah ini kerana permainan Sky: Children Of The Light sememangnya adalah satu permainan yang sangat bagus sekali. Ianya bukan sahaja mempunyai bentuk permainan yang ringkas, malah visual yang sangat menawan dengan dunia yang sangat luas.
Selain itu, Apple juga berkongsi senarai permainan terbaik di peranti lain seperti:
- Permainan iPad Terbaik : Hyper Light Drifter
- Permainan Mac Terbaik : GRIS
- Permainan Apple TV Terbaik : Wonder Boy : The Dragon’s Trap
- Permainan Apple Arcade Terbaik : Sayonara Wild Hearts
Dengan ini kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat permainan yang tersenarai dan bagi anda yang ingin mencuba permainan tersebut, kesemua permainan tersebut telah pun dilancarkan di peranti Apple. Terdapat juga beberapa permainan lain seperti GRIS dan Wonder Boy: The Dragon’s Trap yang mana juga tiba di platform lain.