Atlus hari ini mengumumkan yang Persona 5 telah terjual sebanyak 3.2 juta unit secara global sejak ia dilancarkan. Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 1 juta unit berbanding pengumuman pada Mei tahun lepas.

Selain itu, versi baharu untuk permainan ini iaitu Persona 5 Royal yang telah dipasarkan di Jepun telah terjual sebanyak 400 ribu unit. Ia dijangka akan tiba secara global pada 20 Februari 2020 sekurang-kurangnya untuk pasaran Malaysia.

Mereka juga mengumumkan yang setakat ini, secara keseluruhan utnuk siri permainan Persona, sebanyak 11.1 juta unit telah terjual.

Sohor Kini