PlayStation Awards merupakan acara anugerah tahunan yang diadakan oleh Sony di mana tahun ini, acara tersebut kembali untuk tahun 2019 ini di mana ianya adalah acara yang ke-25, juga bersempena dengan ulang tahun ke-25 buat jenama PlayStation.
Seperti biasa, acara ini adalah bertujuan untuk memberi kehormatan buat pembangun permainan sepanjang tahun ini dengan hasil jualan mereka di pasaran Asia dan Jepun tertinggi. Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori.
Platinum Prize, iaitu permainan yang memperoleh jualan melebihi 1 juta salinan dimenangi oleh:
- NieR: Automata
- God Of War
- Marvel’s Spider-Man
- Red Dead Redemption 2
- Kingdom Hearts 3
Gold Prize iaitu permainan yang memperoleh jualan melebihi 500,000 salinan. Permainan yang dianugerah kategori ini adalah:
- Pro Evolution Soccer 2019
- FIFA 19
- Call Of Duty Black Ops 4
- Ace Combat 7 Skies Unknown
- Resident Evil 2
- Devil May Cry 5
- Sekiro: Shadows Die Twice
- Monster Hunter World Iceborne
- FIFA 20
Kategori seterusnya adalah Playstation Network Award iaitu 3 permainan atas-talian terbaik antara 1 Oktober 2018 sehingga 30 September 2019. Permainan yang dianugerahkan adalah:
- Fortnite
- Monster Hunter World Iceborne
- FIFA 19
Kategori seterunya adalah User’s Choice Award iaitu 7 permainan terbaik yang diundi oleh pengguna Playstation di Jepun dan Asia. 7 permainan yang dianugerahkan adalah:
- The Last Of Us Remastered
- Persona 5
- NieR: Automata
- Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age
- Monster Hunter World
- God Of War
- Marvel’s Spider-Man
Kategori seterusnya adalah Playstation VR Award iaitu 3 permainan realiti-maya terbaik Playstation VR. 3 permainan yang dianugerahkan adalah:
- Astro Bot Rescue MIssion
- Ace Combat 7 Skies Unknown
- Beat Saber
Kategori terakhir adalah Indies & Developer Award iaitu 3 permainan indie terbaik yang dilancarkan di konsol Playstation. 3 Permainan tersebut adalah:
- Unravel Two
- Hollow Knight
- Overcooked! 2
- Human Fall Flat
- Hardcore Mecha

Tambahan itu, bersempena dengan ulang tahun yang ke-25 buat PlayStation, mereka juga mengadakan anugerah khas yang dipanggil PlayStation 25th Anniversary Special Awards di mana ianya dimenangi oleh:
- Ridge Racer
- Battle Arena Toshinden
- Resident Evil
- Final Fantasy VII
- Metal Gear Solid
- Dynasty Warriors 2
- Yakuza
- Monster Hunter Portable 2nd G
Bagi anda yang berminat untuk menonton acara tersebut, anda boleh melayari laman Youtube Playstation Japan untuk menonton keseluruhan acara tersebut.