Dengan pelancaran filem Star Wars: Episode IX The Rise Of Skywalker yang semakin hampir bulan ini, kelihatan permainan Star Wars Battlefront 2 juga bakal menerima kemaskini khas yang akan menyertakan kandungan daripada filem tersebut seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.
Kini tampaknya kandungan tersebut mungkin akan dilancarkan lebih awal yang mana menurut laporan WccfTech, Star Wars Battlefront II: Celebration Edition akan dilancarkan pada 5 Disember 2019 ini.

Buat masa ini, berdasarkan laporan tersebut, edisi permainan tersebut akan menyertakan beberapa kandungan tambahan khas bersama-sama permainan penuh Star Wars Battlefront 2. Berikut adalah senarai kandungan yang akan disertakan:
- Lebih dari 25 watak utama dari siri Star Wars termasuklah 6 watak berkelaskan Legendary seperti Rey, Finn dan Kylo Ren dari filem Star Wars: The Rise Of Skywalker
- Lebih dari 125 Trooper
- Lebih dari 100 Hero dan Trooper Emotes dan barisan suara
- Lebih dari 70 Heo dan Trooper gaya kemenangan
Selain itu, bagi anda yang sudah pun memiliki permainan Star Wars Battlefront 2, EA juga kelihatan akan menjual DLC kandungan ini secara berasingan yang anda boleh dapatkan menjelang minggu ini. Kami akan mengemaskininya setelah ia diumumkan secara rasmi.
Star Wars Battlefront 2 telah pun dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC.