Skip to main content

Jika sebelum ini kita menerima permainan Deadly Stranding oleh Hodeo Kojumbo, kali ini permainan Man Stranding oleh Hideko Kojimba pula akan dikeluarkan melalui Steam. Ia dibangunkan oleh Alfina Games dan diterbitkan oleh mereka sendiri.

Berdasarkan penyenaraian ia akan tiba pada 11 Disember 2019. Ia juga dikatakan sebagai permainan yang mempunyai grafik berkualiti generasi baharu, plot penceritaan yang berfalsafah, mempunyai pertempuran yang menarik, interaksi sosial di dalam permainan dan mempunyai 40 jam kandungan.

Menjawab mengenai permainan ini hampir sama dengan permainan lain, mereka sekadar mengatakan ia mungkin nampak sama dengan permainan Hevy Reyn (Heavy Rain?) akan tetapi ia adalah dua permainan yang berbeza.

Ini sudah semestinya satu jenaka sahaja, sama ada ia melepasi penapisan Steam, ataupun sama ada mereka akan benar-benar mengeluarkan permainan ini masih tidak dapat dipastikan.

[info]Steam: Man Standing[/info]

Leave a Reply