Skip to main content

September lepas, EA melancarkan permainan Plants VS. Zombies: Battle For Neighborville yang mana ianya dilancarkan dahulu sebagai edisi Founder dan kemudiannya pada 18 Oktober lepas ia dilancarkan sebagai permainan penuh.

Sejak pelancaran, permainan tersebut menerima pelbagai beberapa kemaskini dan kini Electronic Arts atau EA mengumumkan satu kemaskini baharu bersempena dengan bulan perayaan Krismas. Melalui pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video khas yang dikisahkan oleh Sir Patrick Stewart.

Melaluinya, permainan ini akan menerima beberapa persekitaran dan lokasi bertemakan Krismas dengan lokasi bersalji dan juga pelbagai taman tema perayaan bertemakan khas perayaan Krismas.

Selain itu, pemain juga berupaya untuk bermain peta lokasi baharu dan melakukan pelbagai cabaran baharu bertemakan lokasi Feastivus tersebut. Menariknya, permainan ini akan menyertakan pelbagai ganjaran khas bertemakan krismas.

Plants VS. Zombies: Battle For Neightborville telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply