Ketika acara State Of Play pada September lepas, Grounding Inc dan Sony mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan klasik oleh SEGA iaitu Space Channel 5 ke konsol PlayStation 4 sebagai permainan realiti-maya melalui PlayStation VR.
Sebelum ini permainan tersebut diumumkan akan dilancarkan sekitar tahun ini yang mana ianya bukan sahaja akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, malah ia bakal tiba di platform realiti-maya yang lain seperti Vive, SteamVR dan Oculus.
Terkini melalui laman rasmi pembangun permainan tersebut, mereka mengumumkan yang mana ianya akan ditundakan sehingga sekitar suku kedua tahun hadapan untuk tingkatkan lagi kualiti permainan tersebut.
Buat masa ini, informasi lain masih belum dikongsikan. Namun, Grounding Inc juga menyatakan bahawa mereka akan mengadakan siaran langsung khas untuk berkongsi beberapa bentuk permainan tersebut melalui aplikasi Reality yang hanya terdapat di pasaran Jepun sahaja. Menurut laporan Gematsu, tayangan tersebut akan berlangsung pada berlangsung pada 16 Disember 2019 ini pada jam 8 malam.
Akan tetapi, kami percaya informasi lanjut pasti akan dikongsikan buat pemain global setelah siaran tersebut ditayangkan kelak.