Berdasarkan satu trailer sebelum ini, ia diumumkan yang Persona 5 Royal untuk pasaran global akan dikeluarkan pada suku kedua tahun 2020. Namun, berdasarkan penyenaraian di PS Store Malaysia, ia diumumkan akan tiba pada 20 Februari 2020.

Selain itu, ia juga kini boleh di pra-tempah dengan harga RM238 untuk edisi biasa dan RM362 untuk edisi Deluxe yang menyertakan pelbagai kostum dan juga muzik latar.
Persona 5 Royal adalah Persona 5 yang disertakan dengan pelbagai penambahan kandungan, termasuk juga watak baharu seperti Kasumi Yoshizawa yang akan menjadi ahli baharu Phantom Thieves.