Pelancaran untuk permainan yang dinanti ramai iaitu Red Dead Redemption 2 di PC adalah jauh daripada sempurna. Ia hadir dengan pelbagai masalah prestasi yang menurut Rockstar, kebanyakan masalah sudah ditampal.

Minggu ini, Rockstar meminta maaf kerana pelbagai masalah tersebut dengan memberi pelbagai barangan untuk pemain di PC. Malangnya, ia adalah barangan untuk Red Dead Online, dengan kata lain jika anda tidak bermain mod dalam talian tersebut, ia tidak berguna.

Antara barangan yang diberikan adalah;

  • 100x Revolver Express Ammo
  • 100x Pistol Express Ammo
  • 100x Repeater Express Ammo
  • 100x Rifle Express Ammo
  • 100x Shotgun Slugs
  • 20x Shotgun Incendiary Buckshot Slugs
  • 20x Fire Arrows
  • 20x Poison Throwing Knives
  • 20x Volatile Fire Bottles
  • 10x Potent Miracle Tonic
  • 3x Horse Reviver
  • 10x Minty Big Game
  • 20x Baked Beans

Pemain yang sudah mempunyai watak di dalam Red Dead Online, barangan ini akan hadir di dalam satu pakej yang boleh diambil daripada Camp Lock Box ataupun mana-mana pejabat pos. Manakala pemain yang baru mencipta watak, ia sepatunya akan tiba dalam masa 24 jam.

Red Dead Redemption 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, serta PC melalui Rockstar Launcher dan Epic Games Store. Manakala untuk Steam akan tiba pada 6 Disember 2019.

Sohor Kini