Skip to main content

Nintendo minggu ini mengumumkan kemaskini utama untuk permainan Super Mario Maker 2 yang dipanggil sebagai versi 2. Kemaskini tersebut menyertakan pelbagai penambahan termasuk juga sesuatu daripada siri yang lain.

Antara penambahan yang disertakan adalah barangan baharu untuk digunakan di peringkat iaitu;

  • Spike – Bebola duri yang boleh digunakan untuk menyakitkan pemain, ia juga boleh digunakan untuk membantu pemain melepaskan sesuatu tempat, seperti menjadi batu lonjakan ataupun pemberat.
  • Pokey – pokok kaktus yang boleh menjadi penghalang untuk pemain, ia boleh direka dengan pelbagai ketinggian dan boleh bergerak depan dan belakang. Manakala pada waktu malam, ia bergerak seperti naga. Ia mula diperkenalkan di dalam permainan Super Mario Bros 2.
  • Frozen Coins – seperti namanya, ia merupakan syiling yang berada di dalam bongkas ais, pemain perlu membakar untuk mencairkan-nya bagi mendapatkan syiling ataupun membuka laluan.
  • P-Block – Bongkah yang boleh berubah bentuk dengan menekan butang P.
  • Dash Block – Bongkah yang apabila pemain melaluinya akan memberikan Dash iaitu watak pemaina akan bergerak dengan lebih laju. Ia hanya boleh digunakan untuk peringkat berdasarkan dunia Super Mario 3D World.
  • Master Sword – bagi yang mengikuti siri The Legend of Zelda, Master Sword adalah sesuatu yang tidak perlu dipekenalkan lagi. Kini, di dalam Super Mario Maker 2, pemain juga berpeluang untuk menggunakan pedang tersebut sebagai senjata. Ia hanya boleh disertakan di peringkat berdasarkan dunia Super Mario Bros. Menariknya, apabila pemain mendapatkan pedang ini, watak akan bertukar menjadi Link, yang turut mempunyai perisai,panah dan bom.

Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan satu mod baharu iaitu Ninji Speedruns. Di mana pemain akan berlumba dengan pemain lain menggunakan peringkat yang direka oleh Nintendo khusus untuk mod ini. Pemain-pemain lain akan diperlihatkan sebagai Ninji. Bermain mod ini membolehkan pemain untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmestik Ninji dan termasuk juga hiasan bintang untuk pemain yang berjaya.

Kemaskini ini akan dikeluarkan kepada semua pemilik Super Mario Maker 2 pada 5 Disember 2019.

Leave a Reply