3 Permainan Menarik Untuk Bulan Disember 2019

Kita sudah memasuki bulan terakhir untuk tahun ini, dan kami boleh katakan bulan ini adalah bulan yang “kurang sibuk” untuk dunia permainan video, tidak banyak permainan-permainan mercu yang dikeluarkan pada bulan ini.

Ini adalah kerana kebanyakan pembangun menantikan tahun 2020 untuk mengeluarkan permainan mereka. Walaupun begitu, berikut adalah antara permainan menarik yang dikeluarkan pada bulan ini?

Simulacra 2

Simulacra 2 merupakan permainan misteri dan seram yang memerlukan pemain untuk menyiasat kejadian melalui telefon pintar sahaja. Dibangunkan oleh Kaigan Games iaitu pembangun tempatan. Ia merupakan permainan seterusnya untuk siri ini yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2017. Ia akan tiba pada 12 Disember 2019 untuk PC dan peranti mudah alih.

Bagi anda yang meminati genre ini, ia sudah semestinya permainan yang harus diberi perhatian. Jika anda ingin mencuba permainan pertama, ia juga akan dikeluarkan untuk konsol pada 3 Disember.

Detroit: Become Human

Detroit: Become Human adalah permainan aksi pengembaraan oleh Quantic Dream yang sebelum ini dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStaiton 4 pada tahun 2018. Ia adalah permainan yang menarik walaupun mempunyai penceritaan yang agak ringkas.

Dengan pengeluaran di PC, ia menjanjikan kualiti grafik dan juga prestasi yang lebih baik berbanding di konsol. Ia akan dikeluarkan untuk PC secara eksklusif melalui Epic Games Store pada 12 Disemeber 2019.

Darksiders: Genesis

Darksiders merupakan permainan hack and slash yang boleh dikatakan popular. Namun, melalui Genesis, ia bukan sahaja mempunyai pembangun baharu tetapi juga mengubah bentuk permainan. Mengambil inspirasi daripada Diablo, ia adalah permainan yang dikatakan sebagai prekuel kepada siri permainan Darksiders.

Ia dibangunkan oleh Airship Syndicate dan diterbitkan oleh THQ Nordic pada 5 Disember 2019 ini untuk PC dan Stadia. Manakala konsol akan dikeluarkan pada tahun depan.


Bulan Disember ini boleh dikatakan sebagai bulan di mana PC menerima pelbagai permainan, antara permainan lain yang akan tiba adalalah Mechwarrior 5 dan Halo: The Master Chief Collection. Untuk permainan-permainan lain yang akan tiba pada bulan ini, anda boleh rujuk senarai yang kami sertakan di bawah.

Sohor Kini