Skip to main content

Epic Games kini akhirnya melancarkan tawaran permainan percuma bagi minggu ini melalui Epic Games Store di mana bermula 30 November sehingga 6 Disember ini, anda boleh dapatkan permainan Rayman Legends secara percuma.

Rayman Legends merupakan permainan platformer oleh Ubisoft yang mana ianya dilancarkan 2013 lepas. Melaluinya, pemain akan bermain sebagai Rayman selepas beliau tertidur selama satu abad dan musuh Bubble Dreamer menjadi semakin berkuasa. Pemain sekali lagi akan ditugaskan untuk menumpaskan mereka.

Semestinya dengan tawaran ini, anda boleh memiliki permainan tersebut secara terus jika anda menebusnya minggu ini sahaja. Selain itu, Epic Games Store juga memperlihatkan senarai permainan percuma buat minggu hadapan iaitu Jotun Valhalla Edition bermula 7 Disember kelak.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.

[download] Muat-Turun: Rayman Legends [/download]

Leave a Reply