Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Mobile – Kemaskini Mod Buta Warna Dan “Project: Ban Pan” Untuk Membanteras Penipu Diumumkan

PUBG Mobile – Kemaskini Mod Buta Warna Dan “Project: Ban Pan” Untuk Membanteras Penipu Diumumkan

Diterbitkan pada Dis 2, 2019 oleh .

Ketika acara PMCO yang berlangsung hujung minggu lepas, Vinceng Wang iaitu pengurus penerbitan permainan PUBG Mobile mengumumkan beberapa kemaskini baharu akan diperkenalkan buat permainan PUBG Mobile sekitar tahun hadapan.

Antara kemaskini yang diumumkan adalah mod Buta Warna yang mana ianya akan dilancarkan sekitar tahun hadapan. Melalui mod ini, ianya akan memudahkan pemain yang mempunyai masalah buta warna untuk bermain permua ini dengan lebih lancar.

Selain itu, mereka juga mengumumkan “Project: Ban Pan” yang mana melalui inisiatif ini, mereka akan memudahkan pemain membanteras penipu di dalam permainan ini. Menurut Tencent, fungsi ini mempunyai dua komponen utama iaitu sekuriti dalaman permua tersebut dan juga liputan yang sentiasa dikemaskini luar dari permua tersbeut melalui laman “The Safety Station”.

PUBG Mobile boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.


TIPS & ULASAN