Informasi Permainan Video Terkini
Watak Mako Disertakan Secara Percuma Untuk Permainan KILL la KILL – IF

Watak Mako Disertakan Secara Percuma Untuk Permainan KILL la KILL – IF

Diterbitkan pada Dis 2, 2019 oleh .

PQube bersama dengan Arc System Works dan Studio TRIGGER hari ini mengumumkan yang watak Mako Mankanshoku akan disertakan secara percuma ke dalam permainan KILL la KILL – IF.

Watak Mako akan menyertakan serangan biasa beliau iaitu bergerak dengan cepat walaupun semasa melakukan serangan. Beliau juga mempunyai meter yang akan meningkatkan kuasa jika bertempur dengan baik.

Video trailer memfokuskan watak Mako juga dikongsi, di mana anda boleh menontonnya di bawah.

KILL la KILL – IF adalah permainan pertempuran berdasarkan siri berjudul sama. Ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN