Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang mana Sony telah memfailkan paten untuk kit pembangunan konsol PlayStation 5 yang mana hanya diperlihatkan melalui lakaran sahaja.

Terkini, seorang pengguna Twitter iaitu Alcoholikaust berkongsi satu imej yang memperlihatkan bukan satu, tetapi dua kit pembangunan konsol PlayStation 5 dengan lebih jelas.

https://twitter.com/Alcoholikaust/status/1200796076535623681

Menurut pengguna Twitter tersebut, beliau juga menyatakan imej tersebut adalah milik pembangun permainan video, namun dari segi nama pembangun tersebut, beliau tidak berkongsi berkenaannya.

Selain itu Tom Warren dari The Verge juga mengesahkan yang mana sememangnya konsol tersebut adalah kit pembangunan buat konsol PlayStation 5. Beliau juga menyatakan kenapa bentuk konsol tersebut mempunyai ruangan tengah yang kosong adalah bertujuan untuk sistem penyejukan lebih optimum jika pembangun ingin membuat ujian stres dengan menghembus udara panas ke luar.

Bagi anda di luar sana, anda tidak perlu khuatir akan rupa bentuk PlayStation 5 akan kelihatan sedemikian di mana imej di atas hanyalah rupa bentuk bagi kit pembangunan konsol sahaja. Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, rupa PlayStation 5 yang akan dipasarkan buat pengguna sudah pasti akan mempunyai rupa bentuk yang lebih berbeza.

Leave a Reply