Skip to main content

Setelah berkali-kali mengacahkan dengan pelbagai bentuk permainan dan video acah sebelum ini, Koei Tecmo hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan RPG berdasarkan anime Fairy Tail, di mana ianya bakal tiba pada 19 Mac 2020 ini.

Fairy Tail akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC melalui Steam menjelang tahun hadapan.

Menurut pembangun, permainan ini akan menyertakan lebih dari 12 watak yang boleh di mainkan di mana melalui video di atas, mereka memperlihatkan beberapa watak yang bakal tiba seperti Sherria Blendy, Kagura Mikazuchi dan pelbagai watak lagi.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini juga akan mempunyai penceritaannya tersendiri dan ianya diselia oleh Hiro Mashima sendiri, iaitu pereka siri tersebut.

Selain itu, Koei Tecmo juga umum sebilangan kandungan bonus seperti versi Digital Deluxe akan menyertakan pelbagai kostum tambahan buat watak Erza dan Lucy.

Bagi anda yang berminat, pastikan anda dapatkan permainan ini menjelang tahun hadapan.

Leave a Reply