Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum ini, kini mereka akhirnya mengesahkan tarikh pelancaran bagi watak DLC Broly dari Dragon Ball Super buat permainan Dragon Ball FighterZ yang mana ia bakal tiba pada 5 Disember 2019 ini.

Broly merupakan salah seorang Saiyan yang menjadi penjahat di dalam anime Dragon Ball Super: Broly. Sebelum ini Bandai Namco memperlihatkan bentuk serangan dan kemahiran watak Broly yang mana kini melalui video ini mereka memperlihatkan bentuk penceritaan dan adegan buat watak tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan watak Broly, ianya boleh didapatkan menjelang hujung minggu ini melalui pas musim FighterZ musim kedua ataupun secara berasingan.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco, berdasarkan siri Dragon Ball. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply