Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Rocket Pass musim ke-4 buat permainan Rocket League akan tamat pada 4 Disember ini, yang mana ianya akan diteruskan dengan musim ke-5.
Seperti biasa, melalui musim ke-4 ini, Psyonix akan menyertakan sebilangan ganjaran khas dan pelbagai jenis kenderaan yang pemain boleh dapatkan melaluinya.
Menariknya, melalui Rocket Pass 5 ini, Psyonix memperlihatkan satu video acah khas yang memperlihatkan permainan tersebut dengan visual dan bentuk adegan seakan satu siri anime dari Jepun.
Melaluinya, Rocket Pass ini akan menyertakan 70 peringkat ganjaran yang pemain boleh dapatkan seperti kenderaan-kenderaan baharu, iaitu Chikara dan pelbagai lagi barangan kosmetik lain. Selain itu, pemain juga berupaya untuk mendapatkan pelbagai ganjaran lain seperti pelekat dan anda juga boleh melihat senarai penuh ganjaran tersebut di laman rasmi permainan tersebut.
Rocket League telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.