Salah satu permainan parti koperasi yang sangat terkenal yang sering kami katakan adalah Overcooked! yang mana ianya memfokuskan bentuk permainan simulasi masakan. Namun konsep permainan masakan mungkin sudah menjadi satu bentuk yang agak hambar memandangkan hampir kebanyakan permainan bergenre ini memfokuskan bentuk sebegitu.
Terkini, All In! Games dan The Knight Of Unity mengumumkan yang mana mereka juga akan melancarkan permainan parti koperasi mereka sendiri iaitu Tools Up! namun menariknya ianya akan memfokuskan bentuk permainna menghias dalaman rumah.
Tools Up! merupakan permainan parti koperasi yang mana ianya menyokong sehingga empat pemain. Melaluinya, pemain perlu mengecat, menghias dalaman rumah sehingga ianya cantik.
Seperti biasa, permainan ini akan menyertakan beberapa peringkat permainan dan halangan yang pasti akan mencabar pemain. Selain itu, permainan ini juga akan menyertakan beberapa mod yang pemain boleh mainkan.
Menurut pembangun, permainan ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam menjelang 3 Disember 2019 ini. Bagi anda yang berminat, anda boleh masukkannya ke dalam senarai hajat anda dan mendapatkannya menjelang minggu hadapan.