Seorang pengguna Reddit iaitu VHorowitz telah berkongsi satu tangkapan skrin yang memperlihatkan satu mesej oleh PlayStation yang dia telah menerima permainan FIFA 20 secara percuma.
Berdasarkan apa yang diperkatakan di dalam perkongsian tersebut, dia merupakan seorang pemain yang sudah berbelanja banyak di dalam permainan FIFA sebelum ini iaitu hampir ribuan ringgit semasa FIFA 19, tetapi dia mengambil keputusan untuk tidak membeli FIFA 20.
Beberapa lagi pengguna lain di bahagian komen turut mengatakan yang mereka menerima mesej yang sama, ada daripada pemain tersebut telah berbelanja hampir RM4 ribu semasa FIFA 19 tetapi tidak membeli FIFA 20.
Namun kerana ini adalah satu perkongsian oleh pemain sahaja dan bukan pengumuman rasmi oleh EA, ia masih tidak disahkan. Apabila kami menghubungi bahagian sokongan EA, mereka juga tidak dapat mengesahkannya. Jika ia adalah benar, ini adalah satu pemasaran yang agresif oleh EA.