Freebird Games pada Mac lepas telah mengumumkan permainan ketiga untuk siri To The Moon iaitu Impostor Factory. Hari ini mereka mengumumkan yang permainan tersebut akan dilancarkan pada akhir tahun 2020.
Selain itu mereka juga memperlihatkan trailer pertama untuk permainan tersebut dan berkongsi beberapa maklumat untuknya iaitu ia adalah sebahagian daripada siri To the Moon tetapi kaitan antaranya tidak dikongsikan.
Seperti To the Moon dan Finding Paradise, permainan ini juga boleh dimainkan walaupun pemain tidak pernah bermain 2 permainan sebelum ini.
Satu perkara yang agak mengecewakan adalah mereka juga mengatakan yang permainan ini mungkin pengakhiran bukan sahaj untuk siri To the Moon tetapi juga untuk Freebird Games.