Hampir setiap platform kini mempunyai jualan promosi tersendiri, seperti PlayStation dan juga Steam. Kini, Nintendo juga menganjurkan jualan promsi Cyber Deals di kedai dalam talian mereka eShop.
Ia menawarkan potongan harga untuk permainan Switch dan juga 3DS. Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan dengan harga lebih murah (untuk Switch);
- The Legend of Zelda: Breath of the Wild – $41.99 (RM175.25)
- Super Mario Party – $41.99 (RM175.25)
- Mario Tennis Aces – $41.99 (RM175.25)
- Monster Hunter Generations Ultimate – $24.99 (RM104.30)
- Travis Strike Again – No More Heroes – $14.99 (RM62.56)
- Celeste – $9.99 (RM41.69)
- Diablo III – $39.99 (RM166.90)
- NBA 2K20 – $29.99 (RM125.19)
- Unravel 2 – $4.99 (RM20.83)
- Mortal Kombat 11 – $29.99 (RM125.16)
Oleh kerana Nintendo jarang melakukan jualan promosi, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan yang anda sudah perhati dengan lebih murah. Jualan promosi ini akan berakhir pada 5 Disember 2019.
[info]Nintendo eShop: Cyber Deals[/info]