CD Projekt sebelum ini telah mengumumkan prestasi kewangan mereka di mana mereka mengatakan jualan The Witcher 3 dan GOG membantu untuk memberi prestasi kewangan yang baik.

Di dalam laporan penuh kewangan, dilaporkan yang pendapatan untuk permainan kad mereka iaitu Gwent disumbangkan secara majoriti oleh versi mudah alih yang baru sahaja dikeluarkan pada akhir Oktober lepas.

Versi mudah alih telah menyumbangkan 68% pendapatan untuk Gwent, berbanding untuk PC 28% dan konsol sebanyak 4%.

Gwent buat masa ini masih tidak menjadi penyumbang kewangan seperti mana permainan The Witcher mereka, akan tetapi CD Projekt Red tampaknya terus membangunkan projekt ini, termasuklah versi android yang akand dikeluarkan tidak lama lagi.

Sohor Kini