Dengan bakal tibanya kejohanan PMCO Fall Split 2019 pusingan akhir pada hujung minggu ini, pusingan kelayakan yang berlangsung minggu ini akhirnya tamat di mana 3 lagi pasukan akan sertai senarai pasukan yang akan bertempur ke pusingan akhir hujung minggu ini.

3 pasukan yang berjaya ke pusingan akhir tersebut adalah MEGA Esports, Bigetron RA dan Orange Esports CG. Sekaligus ini meletakkan senarai penuh 16 pasukan tersebut terdiri daripada:

  • MEGA Esports dari Thailand
  • Bigetron RA dari Indonesia
  • Orange Esports dari Kemboja
  • ARG Wistaria dari Jepun
  • Cloud 9 dari Amerika Syarikat
  • EGC KR Black dari Korea
  • Entity Gaming dari India
  • Illuminate The Murder dari Thailand
  • Kurd Squad dari Iraq
  • Team Quesco dari Brazil
  • RRQ Athena dari Thailand
  • Team SouL dari India
  • TOP Esports dari China
  • UNicornGaming dari Taiwan
  • Team Unique dari Rusia
  • Yoodo Gank dari Malaysia

Pusingan akhir untuk kejohanan PUBG Mobile Club Open Fall Split akan berlangsung pada 29 November hingga 1 Disember 2019 ini yang mana ianya akan menempatkan 16 pasukan dari seluruh dunia untuk bertarung sebagai juara dan membawa pulang wang hadiah terkumpul melebihi RM10,400,000.

Kejohanan tersebut akan berlangsung sekitar tengah hari bermula jam 1:30 sehingga malam di Tun Razak Hall 1, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Untuk informasi lanjut anda boleh ke pautan di bawah.

Sohor Kini