Funktronic Labs hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan realiti-maya Fujii ke PlayStation VR menjelang 10 Disember 2019 ini. Menurut pembangun, permainan ini akan tiba di pasaran Asia dan pra-tempah buat permainan tersebut akan dikongsikan kemudian.
Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam yang mana ianya memfokuskan bentuk pengembaraan yang pemain boleh beriteraksi dengan pelbagai flora dan fauna. Pemain juga boleh menghasilkan “taman” pemain sendiri dengan mengumpul biji benih yang mana permainan ini dikatakan satu permainan meditasi dengan pengalaman yang sangat tenang.
Fujii juga sebelum ini telah mendapat anugerah sebagai permainan terbaik di VRCORE Awards di Shanghai.
Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, anda boleh dapatkannya menjelang bulan hadapan di PlayStation VR. Manakala bagi pemain PC, ianya sudah pun dilancarkan dengan harga promosi khas sehingga 4 Disember serendah RM28.80 di Steam.